Kepada yang membantu terutama kepimpinan JPD, petugas AMAL DUN Dusun Tua dan pemuda-pemuda di Batu 17 Dusun Tua, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga diberkati Allah akan jasa kalian semua.
Friday, March 9, 2012
Laporan banjir JKKK batu 17 Dusun Tua
Sedikit perkembangan banjir di Batu 17 Dusun Tua. Serangan banjir tersangat pantas dan kebanyakan penduduk tidak sempat membuat persiapan penting seperti menyelamatkan kenderaan dan perabot.
Awal pagi Ketua Kampung JKKK Batu 17 Dusun Tua bergerak awal membanci semua mangsa banjir di rumah masing-masing dan mengedarkan makanan kepada mangsa banjir.
Membuka bilik gerakan banjir JKKK Batu 17 Dusun Tua dan memulakan kerja memusatkan semua bahan bantuan seperti makanan dan pusat gerakan petugas AMAL bagi membantu kerja membersih rumah mangsa banjir..
Membantu menyelaras kerja-kerja pembersihan kesan banjir seperti pokok dan batang kayu yang tersangkut di merata kampung...

Kesan banjir di kawasan tepi sungai Batu 17 yang melibatkan kawasan paling rendah dan hampir dengan sungai.
Kepada yang membantu terutama kepimpinan JPD, petugas AMAL DUN Dusun Tua dan pemuda-pemuda di Batu 17 Dusun Tua, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga diberkati Allah akan jasa kalian semua.
Kepada yang membantu terutama kepimpinan JPD, petugas AMAL DUN Dusun Tua dan pemuda-pemuda di Batu 17 Dusun Tua, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga diberkati Allah akan jasa kalian semua.
Sunday, January 8, 2012
PAS Dusun Tua: MESRA,PRIHATIN,SANTUNI RAKYAT bersama YB DR Che Ro...
PAS Dusun Tua: MESRA,PRIHATIN,SANTUNI RAKYAT bersama YB DR Che Ro...: Penyelaras DUN Dusun Tua,bersama YB dr Che Rosli serta SUK JPrD DUN Dusun Tua,santuni rakyat disamping menyampai sumbangan.......
Saturday, June 4, 2011
Futsal 3 on 3 dan Wayang Pacak final UEFA Champion League
Malam minggu hujung Mei yang lalu Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 Dusun Tua telah menganjurkan program Mini Futsal 3 sebelah dan tayangan wayang pacak perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah (Champion League) antara Barcelona dan Manchester United. Sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan ini yang bermula pada petang dan berakhir pada 11 malam. Turut menyerikan program acara jamuan BBQ ayam dan juga kehadiran Sdr Mohd Shahmior Kosim yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat yang menyempurnakan acara penutup program futtsal disamping bersama ketika program tayangan wayang pacak.
turut hadir Sdr Mohd Shahmior Ketua DPPHL
Sdr Toyibuddin (berbaju biru), Bendahari Majlis Pemuda DUN Dusun Tua
Kepada para penyumbang ikhlas dan yang sudi membantu menjayakan program, terima kasih Jazakumullahu Khairan Kathira diucapkan dan kepada yang menang tahniah diucapkan. Semoga program ini akan mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah fillah di kalangan para pemuda dan pimpinan muda kampung dan Kawasan selain menimarahkan kampung dengan pengisian program bermanfaat insya Allah.
Aktiviti Pemuda Kampung Batu 17 Dusun Tua
Assalamu'alaikum
Baru-baru ini para pemuda kampung telah berkesempatan bersama YB Dr Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat) bermain Futsal di Galaxy Futsal Bangi. Turut serta S/usaha JKKK yang dan juga berkesempatan bermain bersama beberapa orang tenaga kerja MPKj dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Hulu Langat terutama Ketuanya Sdr. Mohd ShahMior Kosim dan Sdr. Burhanuddin Othman Naib Ketua.

Monday, February 21, 2011
Sambutan Maulid Al-Rasul 2011 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua
Salam,
Sekitar sambutan Maulid Al-Rasul peringkat Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua Hulu Langat yang diadakan pada Isnin malam tarikh 14hb Februari 2011 yang lalu.
Alhamdulillah program yang agak perdana serta julung-julung kali diadakan khasnya perarakan dan selawat beramai-ramai yang melibatkan pimpinan masayarakat dan penduduk kampung ini mendapat sambutan yang sangat baik.
Program dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan perarakan di sekeliling kawasan Surau. Program dipengerusikan oleh Sdr. Saupi Azran S/usaha Surau dan dipanaskan dengan bacaan Barzanj oleh Imam Ahsaari Johdi, Imam Surau. Ustaz Abdul Rahman Abdullah selaku Pengerusi Surau serta Tuan Haji Shaharani Shuaib selaku Pengerusi JKKK merangkap penasihat Surau mengambil bahagian memberikan ucapan ringkas mengalu-alukan majlis.
Turut menyampaikan ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong selaku jemputan VIP yang juga merupakan Penyelaras DUN Dusun Tua yang sudi melapangkan masa serta menghulurkan bantuan material bagi pelaksanaan program ini. Terima kasih kami ucapkan bagi pihak Surau Munawwarah Batu 17.
Kemudian Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali mengambil bahagian menyampaikan ceramah perdana Maulid. Turut hadir Ayahanda dan Bonda Al-Fadhil Ustaz yang juga merupakan Pengerusi JKKK Batu 16 iaitu En. Mohd Ghazali Sair.
Program ditangguh seketika untuk bersama-sama Solat Isak didirikan dan kemudian disambung semula untuk sesi jamuan dan cabutan bertuah serta pengumuman empat penerima hadiah pakaian terbaik bagi ahli jemaah yang menyertai perarakan.
Terima kasih kepada para penyumbang dan semua yang terlibat. Mohon ampun ya pada sebarang kekurangan.

S/U Surau...
Berikut paparan video dan foto sekitar program Maulid 2011 Surau Munawwarah:
Perarakan tetap 'on walau dalam gelap dan samar-samar cahaya lampu jalan
Ceramah Al-Fadhil Ustaz yang kadang kala diselang seli dengan telatah lucu penuh tauladan
Jarang-jarang dapat tengok surau penuh sesak dan di luar masih ramai lagi, mungkin menunggu ruang kosong ada...
Tuesday, February 8, 2011
Sambutan Perdana Maulid 1432H + Kursus Jenazah + Kelas Silat
Salam, 3 program dalam masa terdekat ini:
(1) Sambutan Perdana Maulid Al-Rasul 1432H/2011 Surau Munawwarah
14hb Februari 2011 (Isnin) 7.00-10.45 malam
- Perarakan dan Selawat selepas Solat Maghrib
- Ceramah Perdana
- Cabutan bertuah, hadiah istimewa pakaian terbaik
(2) Kursus Pengurusan Jenazah Surau Munawwarah 2011

(3) Kelas seni beladiri Silat, bersama Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia
Anjuran bersama Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 Dusun Tua.
(1) Sambutan Perdana Maulid Al-Rasul 1432H/2011 Surau Munawwarah
14hb Februari 2011 (Isnin) 7.00-10.45 malam
- Perarakan dan Selawat selepas Solat Maghrib
- Ceramah Perdana
- Cabutan bertuah, hadiah istimewa pakaian terbaik
(3) Kelas seni beladiri Silat, bersama Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia
Anjuran bersama Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 Dusun Tua.
Subscribe to:
Posts (Atom)