Monday, February 16, 2009

Liga Veteran 7 Sebelah antara JKKK DUN Dusun Tua


Sebahagian dari warna-warni pertandingan Liga Veteran (7 sebelah) antara JKKK DUN Dusun Tua. Alhamdulillah, Kg Batu 17 Dusun Tua tidak ketinggalan menghantar wakil ke pertandingan ini. Terima kasih kepada Sdr Mohd Azlan dan Sdr Nor Fazli Md Yatim yang bersama dalam menggerakkan penyertaan pasukan ini. Turut serta menyertai pertandingan ialah jiran dan sahabat JKKK Batu 17 iaitu teman-teman dari pasukan JKKK Batu 16 Dusun Tua. Alhamdulillah, penyertaan memberikan hasil positif apabila pasukan kita berjaya menjadi semi finalis sekaligus menempatkan diri selaku the top 4.


Walaupun tewas di perlawanan separuh akhir, sekurang-kurangnya masih merasa terima hadiah lagi heh.. heh.. heh..

Wajah-wajah penyokong dan pejuang-pejuang Dusun Tua ...


Sebahagian besar wajah wira yang mengharumkan nama Batu 17

- Enoi (Nor Fazli)
- Hirrul Rizal Ibrahim "Our Hero"
- Bro Samsuri The Otai
- Mamak Karim
- Cikgu Ayem (Rahim)
- Bro Kanang
- Bro Azlan Bahari
- Bro Ijam Moli
- Bro Supian Othman
- Bro Shukor The Inspector...

dan lain-lain yang turut sama bermain.



Aksi-aksi mendebarkan...


Setelah penat berusaha, akhirnya kejayaan ditempa bersama


All of our men of the match...



Open table lah lepas menang meraikan kejayaan... Tahniah sekali lagi...

Wednesday, February 4, 2009

Pilihanraya demokrasi masjid-masjid di DUN Dusun Tua


Setelah sekian lama hak rakyat dinafikan untuk membuat dan melantik ahli jawatankuasa masjid secara demokrasi, akhirnya ruang ini dibuka semula dan dapat dilaksanakan dengan aman serta dalam suasana kondusif...

Alhamdulillah setakat yang didengari tiada sebarang masalah besar berlaku. Di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua, dari awal sehinggalah ke akhir mesyuarat berjalan penuh ukkhuwwah dan pemilihan dilakukan sangat terbuka dan telus.

Selain itu juga, 2 AJK Surau Munawwarah Batu 17 telah terpilih sebagai AJK Masjid al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Ariffin yang juga merupakan Naib Pengerusi Surau serta Sdr. Saupi Azran yang juga merupakan Setiausaha Surau Munawwarah yang juga terpilih sebagai Penolong Setiausaha baru Masjid al-Muttaqin.


Mesyuarat dikendalikan oleh pegawai dari JAIS dan dibantu setiausaha dan pemeriksa kira-kira dari Masjid sebagai wakil masjid


Turut mengundi sama, calon Nazir Masjid Dusun Tua yang juga sepakat dipilih ahl-ahli qariah..


Antara calon yang mendapat undi terbanyak dari ahli-ahli qariah, Tuan Haji Ismail Sudir sebagai calon Imam.





Selamat bertugas kepada semua yang terpilih untuk mengemudi dan mentadbir rumah Allah. Di hadapan menanti cabaran memperbaiki kekurangan masa lepas dan saat merintis tauladan mulia bermula sekarang!






Maksud Firman Allah Ta’ala :

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, ayat 18)

dan bukannya kuasa politik jahil!


Konvoi bermotosikal ukhuwwah para pemuda Dusun Tua


Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini telah digunakan oleh para pemuda Kg Dusun Tua Batu 16 dan Batu 17 bersama-sama berkonvoi motosikal ke Cherating. Program rutin tahunan anjuran pemuda Kg Dusun Tua ini diteraju oleh Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua dengan kerjasama rai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 & 3 serta Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua

Program dirasmi dan dilacarkan oleh YBhg Al-Fadhil Ustaz Musa Baharuddin yang menggantikan YBh. Sdr Mohd Jan Sulong yang juga merupakan Ahli Majlis MPKj. Turut bersama dalam majlis pelancaran dan memberikan ucapan ialah Sdr. Saupi Azran selaku Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua merangkap wakil Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua, juga Sdr Mohd Ghazali Md Sair Pengerusi JKKK Batu 16 Dusun Tua.






Program yang diketuai oleh Sdr Mohd Azlan Mohamad Tamjis yang juga merupakan ketua Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua telah bertungkus-lumus bersama rakan-rakan pemuda Kg Dusun Tua untuk menjayakan program ini dari awal merencana, mendapatkan kelulusan dan bantuan belanjawan, pendaftaran peserta dan penyertaan peserta.








Sekitar 31 buah motosikal berkuasa rendah dan 2 buah kereta turut bersama di dalam konvoi ke Cherating ini. Perjalanan pergi menghadapi sedikit ujian apabila menempuh hujan lebat yang turun beberapa kali sepanjang perjalanan yang bermula sekitar jam 11.00 pagi dan tiba pada jam 3.30 petang Hari Ahad 25hb Jauari 2009.





Peserta bermalam di Chalet Kampung Inn berhadapan kawasan kejadian mati lemas peserta konvoi berkereta dari kumpulan Parit Raja Motor Club. pada Hari Isnin keesokannya.

Program-program riadhah dan santai memenuhi agenda sepanjang 3 hari 2 malam di sana yang antaranya pertandingan bolasepak pantai, BBQ, solat berjemaah dan tazkirah serta turut membeli-belah di sekitar Kemaman dan Cherating.




Perjalanan pulang agak mencabar apabila sebuah motosikal terpaksa ditolak kerana menghadapi kerosakan mekanikal dan juga sebuah lagi terpaksa diperbiaki dan Alhamdulillah dapa diperbaiki.







Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Jawahir yang terpaksa hadir dari Johor dan sanggup bersama peserta konvoi untuk bersama memimpin program rohaniah peserta konvoi.



Kepatuhan kepada setiap arahan marshall konvoi membolehkan perjalanan sepanjang konvoi lancar dan tiada sebarang masalah.














Aksi terakhir salah sebuah motosikal yang terpaksa 'dipapah' pulang selepas menghadapi masalah kerosakan.



Pengarah program konvoi dan pengarah pengisian rohaniah









Selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 10.30 malam selepas bertolak keluar dari Cherating sekitar jam 3.30 petang.




Tahniah kepada peserta-peserta konvoi dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan membantu.

JKKK Batu 17 Dusun Tua
JKKK Batu 16 Dusun Tua
Majlis Perbandaran Kajang
Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua.