Pagi subuh 13hb Mac 2009 mencatat tarikh yang tidak akan dilupakan oleh setiap penduduk Kampung Batu 17 Dusun Tua yang tercinta ini. Pagi yang dilanda hujan yang sangat lebat dalam tempoh masa yang agak panjang rupa-rupanya telah mengakibatkan banjir yang sangat dahsyat sehingga merebahkan jambatan gantung Kampung Batu 17 ini.
struktur jambatan berubah dan kedudukan rendah jambatan
menyebabkan ianya mudah dilanggar kayu balak dan rumpun
buluh yang menghentam jatuh jambatan ini
Banjir yang cukup pantas berlaku ini menyebabkan sebahagian kawasan kampung yang berada di tebing sungai dilanda arus banjir yang sangat deras dan melibatkan kira 46 buah rumah di kampung ini diserang air banjir dan lumpur yang agak teruk.
Penduduk hanya dapat bergerak selepas air mula surut pada waktu zohor atau waktu solat Jumaat setelah mula menyerang kira-kira jam 10.00 pagi.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah di sekitar kawasan tepi tebing berhampiran jambatan dan sungai. Agak malang apabila jambatan yang rebah menyebabkan bekalan air yang disalurkan melalui paip yang merentasi jambatan ini turut terputus. Pihak SYABAS yang ditemui Ketua Kampung telah memaklumkan bekalan air akan disambung melalui laluan dari jambatan utama di Batu 16 pada sebelah malam kerana menunggu kontraktor melaksanakan tugas mereka.Ketua Kampung Batu 17 dan beberapa AJK JKKK Batu 17 sempat bertemu para penduduk yang dilanda banjir dan menghulurkan sedikit makanan.
Turut tidak ketinggalan Biro Belia dan AJK JKKK dengan bantuan Unit Amal Hulu Langat yang menghulurkan bantyuan seadanya meringankan beban mangsa banjir membuat kerja-kerja amal membersih kesan banjir termasuk Sekolah Rendah Agama Batu 16 Dusun Tua dan beberapa buah rumah.
Semoga semua yang terlibat diberikan kesabaran oleh Allah.