Tuesday, December 21, 2010

Tazkirah Perdana Maal Hijrah dan Sumbangan Bantuan Persekolahan


Salam,

Dijemput semua warga Kariah Batu 17 Dusun Tua ke program ini:

Program : Tazkirah Perdana Maal Hijrah 1432H & Sumbangan Bantuan Persekolahan

Tarikh : 23hb Disember 2010 (Khamis)
Masa : 7.15 malam - 9.45 malam
Lokasi : Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua
Pentazkirah : YBhg. Sdr. Mohd Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)

Untuk makluman, program merupakan anjuran bersama antara Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua dan JKKK Batu 17 Dusun Tua. Turut menyerikan agenda program, agihan sumbangan bantuan persekolahan untuk penduduk terpilih yang berpendapatan rendah.

Semoga kehadiran Tuan/Puan warga Kariah dapat menyerikan serta memeriahkan lagi program ini. Jazakallahu Khairan Kathira.

Monday, November 22, 2010

Ziarah kebajikan Aidiladha JKKK Batu 17

JKKK Batu 17 baru-baru ini telah mengadakan ziarah bertemu Sdr. Yusuf Anuar (Abang Usop Nuan) yang sedang mengidap sakit diabetis. Beliau yang masih di dalam rawatan akibat luka di kaki dibernarkan pulang ke rumah selama 5 hari sempena Hari Raya Haji ini. Beliau dijadualkan kembali semula ke Hospital untuk rawatan lanjut selepas itu.

Warga JKKK Batu 17 turut menghulurkan sedikit bantuan kewangan membantu beliau yang sedang manghadapi kesulitan. Didoakan agar diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali melakukan kerja harian dan ibadat seperti sedia kala. Amin...


Ustaz Abdul Rahman Abdullah selaku Bendahari JKKK Batu 17 merangkap Pengerusi Surau Munawwarah Batu 17 turut hadir menziarahi dan menghulurkan bantuan

Bantuan kecemasan bencana alam penduduk Kampung Batu 17

Baru-baru ini rumah Puan Azizah Othman telah ditimpa pokok yang menyebabkan kerosakan teruk pada rumanya terutama atap. Tuan Haji Shaharani Shuaib (Pengerusi JKKK Batu 17) telah datang meninjau dan menghulurkan bantuan segera kepada Puan Azizah mengemas, membersih dan membaiki semula kerosakan rumah beliau. JKKK Batu 17 bersimpati ke atas apa yang berlaku namun berusaha sebaiknya untuk membantu beliau. Setakat ini JKKK Batu 17 sedang mengusahakan bantuan dan membantu untuk membaik pulih atap rumah beliau yang rosak teruk itu. Mana-mana pihak yang turut berminat untuk membantu boleh hubungi setiausaha JKKK Batu 17 sdr. Saupi Azran (017-3144764)

Keadaan rumah Puan Azizah yang dihempap pokok

Kerja-kerja membersih pokok yang masih melekat pada atap rumah

Kerja-kerja membersih hampir selesai namun rumah sudah tiada atap untuk berteduh dari panas serta hujan

Bantuan baik pulih segera sedang diusahakan

Thursday, November 18, 2010

Kemeriahan dan gelagat Program Korban 2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua

Kemeriahan penuh bermakna sekitar program Korban Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua. Lebih bermakna perancangan awal yang hanya satu ekor sahaja yang ditumbangkan namun di saat akhir sumbangan dari Bilal 1 Surau, Tuan Haji Mohamaed Yusuf yang telah berjaya mendapatkan sumbangan untuk menambah satu ekor lagi menjadikan 2 ekor semuanya.

Kepada penyembelih, AJK dan warga penduduk yang sudi hadir membantu sedia sempurnanya program pihak Surau dan JKKK mengucapkan terima kasih Jazakallahu Khairan Kathira.


Telatah Along Latif, Man serta Pak Buyung...


Gelagat Makcik Imah.. havoc2!


Jom belajar siat kulit ekor lembu...!


Skuad timbangan dan agihan daging korban...


Amat, B.E dan Ustaz Mokhtar di belakang tabir, membantu kerja-kerja pembersihan


Skuad Chef.. penyediaan sup dan makan tengah hari untuk para petugas

Skuad WWE Smackdown, penumbang lembu korban

Sdr. Redza Malik (tenaga penyembelih) sedang bersiap siaga...

Lapah...

Kegigihan Pengerusi Surau, Ustaz Abdul Rahman Abdullah... Tahun ni Ustaz tak balik Kedah, cuti tahun pun habis dek menyiapkan thesis hebat Master Falsafah Islamnya...

Mantan Pengerusi Surau, Sdr. Khyrul Anuar... pun tak balik Kedah raya korban ni..

Otai2 kampung dalam kerja-kerja gotong-royong, Pak Chulit (En. Rosli) dan Pak Abu Shahmanan

Tenaga kuat Belia Kampung, Sdr. Azlan... baru le bermanfaat lengan yang besar tu...

Kikis daging ke?


Tenaga-tenaga muda membantu kerja-kerja melapah...

Turut dibantu tenaga orang-orang lama yang turut berganding bahu... kelihatan Sdr. Yusfaizal Idris AJK Surau...

Skuad timbang, diketuai oleh En. Rosli Husin

Ustaz Abdul Rahman sponsor nasi lemak sambal sotong tu...


Tenaga-tenaga wanita dan HAWA membantu kelancaran tugas dapur menyediakan juadah untuk para petugas..

Kepada semua, terima kasih lagi diucapkan dan semoga kita akan terus berkorban dan bekerjasama dalam melaksanakan apa jua program di Kampung Batu 17 Dusun Tua ini

Sambutan malam Aidiladha 2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua - Tazkirah dan perutusan pimpinan kampung

Sambutan sederhana malam Aidiladha di Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua. Pengisian seperti:

(1) Takbir Jama'ei Aidiladha
(2) Tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid Pendakwah bebas anak tempatan

Turut berkesempatan merakam ucapan dan pesanan para pimpinan kampung:


Tazkirah Ustaz Bakhtiar Fitri

Takbir Aidiladha


Pesanan-pesanan bermakna untuk Aidiladha












Semoga pengorbanan kita diterima sebagai ibadat yang ikhlas di sisi Allah SWT.

Sambutan Aidilfitri Surau Munawwarah dan JKKK BAtu 17 Dusun Tua 1431H/2010

Sekitar kemeriahan sambutan Aidilfitri 2010 peringkat Kampung Batu 17 DUsun Tua Anjuran Surau Munawwarah dengan kerjasama JKKK Batu 17 Dusun Tua. Banyak pengisian antaranya:

(1) Tahlil, munajat dan solat hajat untuk bakal calon PMR dan SPM
(2) Tazkirah Aidilfitri yang diadakan di Laman Munawwarah
(3) Sumbangan cenderahati Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 Dusun Tua kepada balon PMR dan SPM 2010
(4) Cabutan bertuah
(5) Jamuan Aidilfitri


Tahlil perdana yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Rahman Abdullaah (Pengerusi Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua)

Para hadirin, kelihatan Ustaz Abu Hasan Al-Ash'ari Zakarian (Mantan Pengerusi Surau Munawwarah) di sebelah Pengerusi JKKK Batu 17 Tuan Haji Shaharani Shuaib

Sumbangan bantuan kepada anak-anak yatim kampung dan cenderahati Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 kepada bakal calon PMR dan SPM

Jamuan meraikan jemputan VIP

Para hadirin sedang menjamu selera

Pengerusi Surau menyampaikan cenderahati tanda terima kasih kepada Pentazkirah jemputan yang sudi hadir menyampaikan tazkirah Aidilfitri

Sambutan Malam Aidilfitri 1431H/2010

Sekitar sambutan malam Aidilfitri 1431H/2010 di Surau Munawwarah. Berbagai pengisian seperti:

(1) Takbir Jama'ei
(2) Tazkirah Malam Aidilfitri

(3) Puisi dan gurindam oleh HAWA
(4) Sajak Aidilfitri oleh S/Usaha Surau @JKKK

(5) Jamuan

Kumpulan HAWA Batu 17 sedang mempersembahkan gurindam dan puisi Aidilfitri mereka3


Sdr. Khyrul Anuar Alias, mantan Pengerusi Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua


* Nota : Baki foto akan diupload nanti...

Program-program Ramadhan 1431H/2010

Banyak program yang telah dilaksanakan dan dianjurkan pihak Surau Munawwarah Batu 17 dengan kerjasama JKKK Batu 17 Dusun Tua sepanjang Ramadhan 1431H/2010. Antaranya:

(1) Penglibatan AJK sebagai tenaga penggerak Solat Terawih seperti Imam dan Bilal
(2) Qiamulail 10 malam terakhir
(3) Liga Playstation Biro Belia dan Sukan
(4) Kuliah Dhuha dan bimbingan Solat HAWA Batu 17 Dusun Tua
(5) Sumbangan dan bantuan Aidilfitri kepada penduduk yang memerlukan

* Nota: Gambar akan diuploadkan nanti...

Program kacau dodol Pejabat Daerah Hulu Langat Pra-Ramadhan 1431H/2010

Sekitar Program kacau dodol yang diadakan pada mingu terakhir BUlan Syaaban 1431H sebelum menyambut Ramadhan 1431H/2010. Program yang disertai seluruh JKKK Hulu Langat di Pejabat Daerah Hulu Langat di Bangi. JKKK Batu 17 Dusun Tua di bawah seliaan Biro Belia dan Sukan tidak ketinggalan menyertai dan memeriahkan program ini.

Program diketuai oleh Sdr. Mohamad Azlan Mohamad Tamjis Ketua Biro dan turut disertai Pengerusi JKKK Batu 17 DUsun Tua Tuan Haji Shaharani Shuaib serta rakan-rakan Belia JKKK Batu 16 Dusun Tua. Tahniah dan terima kasih kepada teman-teman pemuda yang sudi hadir menghulurkan tenaga.

Penyediaan ramuan

Tuan Haji Shaharani Shuaib (Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua)


Terima kasih rakan-rakan belia Batu 17 Dusun Tua!

Thursday, July 15, 2010

Ceramah Perdana Israk Mikraj 1431H/2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua

Sekitar program ceramah perdana Israk dan Mikraj 2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua pada 8hb Julai 2010 (Khamis) yang lalu.

Ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Khaliq Mohamad Rasid yang juga merupakan penceramah bebas dan guru KAFA.

Penekanan ceramah kepada isu-isu berkaitan peristiwa mukjizat agung itu khasnya dengan isu semasa semakin menghimpit umat dengan berbagai-bagai gejala yang berlaku masa kini.

Al-Fadhil Ustaz turut mengingatkan tentang kepentingan Solat berjemaah dan perpaduan sesama ahli kariah.






Gotong-royong bersih dinding Surau Munawwarah Rejab 2010 (Ambang Ramadhan)

Sekitar program gotong-royong membersih dinding surau yan dihinggapi kulat sekaligus menyebabkan keceriaan dalaman surau terganggu.

Rentetan mesyuarat AJK Surau yang baru Pengerusi Surau baru Ustaz Abdul Rahman memohon agar gotong-royong kerja membersih khas yang memfokuskan kepada membersih dinding teresbut.

Antara aksi-aksi warga jemaah surau yang hadir membantu berusaha menambahkan keceriaan surau yang setidak-tidaknya menambahkan lagi semangat warga jemaah mendekati surau ini mudah-mudahan.



Kotornya...




Tenaga-tenaga muslimah dari kalangan ibu...

Tenaga-tenaga muda pelapis kampung...

Aksi-aksi stunt yang turut melibatkan Pengerusi Surau, Ustaz Abdul Rahman. Brutal juga Pengerusi Surau...


Terima kasih kepada yang memberikan sumbangan jamuan


Alhamdulillah, bersihnya...