Sunday, January 24, 2010

Khidmat Sosial Petronas di Kg Batu 17 Dusun Tua dan Kg Padang

Sumber berita dari Blog mtddusuntua:



Petronas Gas kembali semula begi meneruskan program Khidmat Masyarakat di Dusun Tua. Kali ini para peserta berkumpul di rumah Ketua Kampung Hj Shaharani sebelum meneruskan ke rumah Cik Azizah (Batu 17 Dusun Tua) dan Puan Fatimah (Kg. Padang).

Ucapan alu-aluan dan doa sebelum melaksanakan program oleh YB Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) dan Sdr. Mohd Jan Sulong (Pengarah J/Kuasa DUN Dusun Tua) yang turut hadir merai dan mengimarah program.

Mengisi perut sebelum berkerja keras.
Orang kuat di belakang program ini, Tuan Haji Shaharani Shuaib (Pengerusi JKKK Batu 17) dan En. Zulkifli Lajis (Pengerusi JKKK Lubuk Kelubi) Sekalung tahniah dan terima kasih buat mereka selaku duta yang merapatkan hubungan antara NGO seperti Petronas dan masyarakat.

Setiausaha JKKK sempat mangambil nota sebagai bahan ucapan.

Mungkin ada lagi perkara yang boleh diperbaiki dalam memastikan pergram ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Puan Fatimah yang terharu atas kunjungan YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat dan Petronas Gas. Beliau tidak menyangka walaupun berbeza fahaman politik tetapi dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat itu semua bukanlah alasan.

Rumah yang uzur dan bumbungnya bocor yang memerlukan perhatian dan bantuan pihak berwajib.

YB masih lagi tidak kekok menghayun mesin bagi membantu membersihkan kawasan rumah. Turut berkongsi tenaga, Pengerusi JKKK Batu 17 untuk rakyat yang memerlukan...

Bantuan dan sumbangan tidak mengenal sempadan, lambang dan warna serta fahaman politik. Pakatan Rakyat tetap istiqamah dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat selaku pembayar cukai kerajaan negeri yang perlu dilayan secara adil dan saksama. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri dan JPD dalam membina kerajaan yang berkebajikan tanpa mengira siapa pun.
Semua berganding bahu menyumbang tenaga.
Usia tidak menghalang untuk menaburkan bakti. Siapa tak kenal Tok Manan Darul...!


Tahniah dan syabas di atas usaha murni ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala jasa dan mujahadah semua pihak yang terlibat.

Sunday, January 17, 2010

Pengumuman

Assalamu'alaikum wrt wbt.


Dua makluman terkini buat sekelian para ahli Kariah Batu 17 Dusun Tua:

(1) Perkhidmatan buang sampah oleh kontraktor lori sampah dari rumah
Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak penganjur En. Razali Hasan. Maklumat perkhidmatan:

Bayaran : RM 15.00 sebulan
Jadual kutipan sampah : 2 kali seminggu setiap Hari Isnin dan Jumaat
Info lanjut, hubungi : En. Razali Hasan (013-3572877)

Program bermula insya Allah pada Februari 2010 ini.


(2) Perkhidmatan tanda tangan dan pengesahan serta sokongan permohonan dari Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun

Bagi mana-mana penduduk yang berkesulitan untuk bertemu dan mendapatkan tanda tangan dan sokongan permohonan dari Pengerusi JKKK Batu 17, Tuan/Puan boleh hubungi pihak JKKK atau Pengerusi JKKK untuk bertemu pemohon di rumah atau di mana-mana lokasi yang dipersetujui antara pemohon dan Pengerusi. Semoga perkhidmatan ini dapat membantu dan mengurangkan sebarang kesulitan penduduk kampung ini.


Kami berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menggunakan perkhidmatan ini dalam usaha kita membina suasana bersih dan sihat di kampung kita. Segala kerjasama baik semua pihak kami ucapkan terima kasih, Jazakallahu Khairan Kathira.

Berkhidmat itulah amal, bersama kita menjaga kebersihan kampung kita.

Setiausaha
JKKK Batu 17 Dusun Tua
017-3144764

Sunday, January 10, 2010

Diari Amal dan Kebajikan JKKK

Salam...
Apa lagi yang hendak diucapkan lagi melainkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nasir Abdullah, En. Rashidi dan rombongan Petronas Gas iaitu dari Badan Kebajikan Petronas Gas yang datang awal pagi dari jauh untuk bersama-sama dengan penduduk Dusun Tua bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga di sini.

Selain dari bantuan kewangan bagi membaiki rumah, mereka juga datang sendiri bagi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka untuk membantu keluarga ini bagi membersihkan kawasan rumah ini.

Pengarah JPD Saudara Mohd Jan amat berbesar hati dan berharap perhubungan baik antara Petronas Gas dan penduduk terus dikekalkan. Terima kasih kepada Ketua Kampung Tuan Haji Shaharani Shuaib Kg. Batu 17 Dusun Tua di atas usaha murni ini.

Bermula dari kerjasama dan rundingan antara pihak Ketua Kampung dengan team Kebajikan Petronas Gas, Alhamdulillah beliau telah mengusahakan sasaran yang layak menerima sumbangan bantuan material dan tenaga dari kumpulan ini.

Bagi pihak JKKK Batu 17 kami sudah tentu mohon ampun bagi setiap kekurangan sepanjang kehadiran pihak Petronas gas di atas layana kurang seberapa. Tidak terbanding kehadiran teman-teman Petronas yang hadir dengan cukup kelengkapan baik tenaga, peralatan, makan minum dan sumbangan.

Buat masa ini 3 sasaran penerima telah disahkan, 2 daripadanya penduduk Dusun Tua Batu 16 dan Batu 17 ialah Puan Norpipah seorang ibu tunggal yang tinggal bersama beliau seorang anak lelaki OKU dan ibunya warga emas. Kedua Puan Azizah dan seterusnya salah seorang penduduk Kampung Padang.

Alhamdulillah, rumah siap dicat, dikemas dan dibersih kawasan sekelilingnya dan diperbaiki mana yang rosak. Semoga sumbangan mereka semua mendapat ganjaran dan rahmat yang besar dari Allah. Amin.


Sekapur sirih dari pimpinan DUN yang hadir menzahirkan keyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga, ucapan dari Sdr. Mohd Jan Sulong (Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Langat merangkap Pengarah JPD) dan ucapan Ketua Kampung serta wakil Kelab Kebajikan Petronas Gas En. Nasir Abdullah dan En. Rashidi.

"Diharapkan pada masa akan datang kita akan terus menjalin hubungan untuk mewujudkan kerjasama ideal bagi membantu golongan yang memerlukan, Haji pastikan lepas ini boleh pelawa sahabat-sahabat kelab ini makan durian Dusun Tua, okay?"
Seluruh wakil Kelab kebajikan yang hadir bersama pimpinan DUN dan JKKK Batu 17 Dusun Tua



"Apa yang penting? kerjasama..."
Servis luar dalam...
Pasukan dapur, turut membantu menyediakan juadah dan hidangan buat petugas, Alhamdulillah sedap belaka...
Tetamu yang turut mewarnai program