Malam minggu hujung Mei yang lalu Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 Dusun Tua telah menganjurkan program Mini Futsal 3 sebelah dan tayangan wayang pacak perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah (Champion League) antara Barcelona dan Manchester United. Sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan ini yang bermula pada petang dan berakhir pada 11 malam. Turut menyerikan program acara jamuan BBQ ayam dan juga kehadiran Sdr Mohd Shahmior Kosim yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat yang menyempurnakan acara penutup program futtsal disamping bersama ketika program tayangan wayang pacak.
Nama-nama glamour pasukan bertanding
Antara jaguh-jaguh futsal kampung ini
Medal bagi pemenang pertandingan
Perlawanan separuh akhir
Antara aksi-aksi perlawanan
Volunteer bakar ayam
Sebelum bermula perlawanan akhir,
turut hadir Sdr Mohd Shahmior Ketua DPPHL
Taklimat dan ucapan sebelum perlawanan akhir oleh Pengarah program Sdr. Mohamad Azlan Tamjis
Tetamu khas dijamu kudapan ringan
Jamuan sebelum tayangan wayang pacak bermula
Pemandangan wayang pacak
Turut sama menonton, Ketua DPPHL serta
Sdr Toyibuddin (berbaju biru), Bendahari Majlis Pemuda DUN Dusun Tua
Kepada para penyumbang ikhlas dan yang sudi membantu menjayakan program, terima kasih Jazakumullahu Khairan Kathira diucapkan dan kepada yang menang tahniah diucapkan. Semoga program ini akan mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah fillah di kalangan para pemuda dan pimpinan muda kampung dan Kawasan selain menimarahkan kampung dengan pengisian program bermanfaat insya Allah.
Baru-baru ini para pemuda kampung telah berkesempatan bersama YB Dr Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat) bermain Futsal di Galaxy Futsal Bangi. Turut serta S/usaha JKKK yang dan juga berkesempatan bermain bersama beberapa orang tenaga kerja MPKj dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Hulu Langat terutama Ketuanya Sdr. Mohd ShahMior Kosim dan Sdr. Burhanuddin Othman Naib Ketua.
Sekitar sambutan Maulid Al-Rasul peringkat Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua Hulu Langat yang diadakan pada Isnin malam tarikh 14hb Februari 2011 yang lalu.
Alhamdulillah program yang agak perdana serta julung-julung kali diadakan khasnya perarakan dan selawat beramai-ramai yang melibatkan pimpinan masayarakat dan penduduk kampung ini mendapat sambutan yang sangat baik.
Program dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan perarakan di sekeliling kawasan Surau. Program dipengerusikan oleh Sdr. Saupi Azran S/usaha Surau dan dipanaskan dengan bacaan Barzanj oleh Imam Ahsaari Johdi, Imam Surau. Ustaz Abdul Rahman Abdullah selaku Pengerusi Surau serta Tuan Haji Shaharani Shuaib selaku Pengerusi JKKK merangkap penasihat Surau mengambil bahagian memberikan ucapan ringkas mengalu-alukan majlis.
Turut menyampaikan ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong selaku jemputan VIP yang juga merupakan Penyelaras DUN Dusun Tua yang sudi melapangkan masa serta menghulurkan bantuan material bagi pelaksanaan program ini. Terima kasih kami ucapkan bagi pihak Surau Munawwarah Batu 17.
Kemudian Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali mengambil bahagian menyampaikan ceramah perdana Maulid. Turut hadir Ayahanda dan Bonda Al-Fadhil Ustaz yang juga merupakan Pengerusi JKKK Batu 16 iaitu En. Mohd Ghazali Sair.
Program ditangguh seketika untuk bersama-sama Solat Isak didirikan dan kemudian disambung semula untuk sesi jamuan dan cabutan bertuah serta pengumuman empat penerima hadiah pakaian terbaik bagi ahli jemaah yang menyertai perarakan.
Terima kasih kepada para penyumbang dan semua yang terlibat. Mohon ampun ya pada sebarang kekurangan.
S/U Surau...
Berikut paparan video dan foto sekitar program Maulid 2011 Surau Munawwarah:
Perarakan tetap 'on walau dalam gelap dan samar-samar cahaya lampu jalan
Ceramah Al-Fadhil Ustaz yang kadang kala diselang seli dengan telatah lucu penuh tauladan
Jarang-jarang dapat tengok surau penuh sesak dan di luar masih ramai lagi, mungkin menunggu ruang kosong ada...
Suasana selepas solat fardhu didirikan
Ustaz Abdul Rahman selaku Pengerusi Surau mengepalai perarakan diikuti Sdr. Mohd Azlan Pengerusi Biro Pemuda Surau serta Sdr. Yusfaizal AJK Surau
Para pimpinan masyarakat turut sama menyertai perarakan, kelihatan Sdr Mohamad Jan Sulong dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdul Hadi
Sdr. Mohamad Jan Sulong menyampaikan ucapan dan tazkirah ringkasnya
Para jemputan VIP, Penyelaras DUN, Pengerusi JKKK Batu 16 dan Batu 17
Sebahagian yang hadir memenuhi ruangan halaman Surau yang menjadi medan ceramah
Al-Fadhil Ustaz dalam penyampaiannya
Meraikan para jemputan dengan jamuan ala kadar di dalam Surau
'Pak Buyung' menang pakaian terbaik kategori lelaki... nampak je sempoi pasal program dah settle, awal tadi perhhh dia yang mengamcam!
Pemenang bagi kategori Muslimat
Pemenang kategori anak pelajar
Tahniah ye Dik...
Alhamdulillah, puas rasanya... julung-julung kali program ceramah anjuran surau tamat sekitar lebih jam 11.00 malam. Semoga akan dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang. Amin...
(1) Sambutan Perdana Maulid Al-Rasul 1432H/2011 Surau Munawwarah 14hb Februari 2011 (Isnin) 7.00-10.45 malam - Perarakan dan Selawat selepas Solat Maghrib - Ceramah Perdana - Cabutan bertuah, hadiah istimewa pakaian terbaik
(2) Kursus Pengurusan Jenazah Surau Munawwarah 2011
(3) Kelas seni beladiri Silat, bersama Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Anjuran bersama Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 Dusun Tua.
Baru-baru ini Pengerusi dan S/usaha JKKK Batu 17 Dusun Tua telah mengadakan ziarah ke kediaman Sdr. Asmungi Johdi (Sdr. Muis). Pihak JKKK telah mendapat makluman bahawa beliau sedang menerima rawatan sakit kanser dan ketika diziarahi beliau baru sahaja pulang dari rawatan kimo pertama beliau.
Namun ketika berita ini ditulis, beliau dikhabarkan telah menerima rawatan kimo kali ke-2. Alhamdulillah kunjungan tempoh hari memperlihatkan kemajuan dari segi kesihatan beliau. Pesan Pengerusi: "Walau tiada selera makan, pastikan tetap menjamah makanan kerana ianya membekalkan tenaga kepada tubuh badan..."
Bagi pihak JKKK Batu 17 dan Surau Munawwarah, akan tetap mendoakan kesihatan Sdr. Asmungi Johdi dan mudah-mudahan akan kembali sihat dan kembali berdaya dalam melaksanakan kerja, ibadat harian serta kembali aktif bersukan seperti mana beliau aktif sebelum ini.
وَإِذا مَرِضتُ فهُوَ يشفين... Apabila daku sakit, maka DIA (Allah) yang menyembuhkan... Amin
Sekitar Tazkirah Perdana Maal Hijrah oleh YBhg. Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua) dan penyampaian sumbangan bantuan persekolahan bagi penduduk Kampung Batu 17 Dusun Tua.
Mudah-mudahan peringatan, nasihat dan tips positif di dalam tazkirah ini dapat dimanfaat bersama bagi meningkatkan iman dan amal. Peringatan-peringatan penting untuk bersama kita memelihara keselematan akidah diri, ahli kerluarga jiran dan ummah umumnya. Menghidupkan peranan menegakkan perkara yang baik dan mencehad perkara-perkara yang mungkar (al-Amru bil Ma'ruf wa al-Nahyu 'Anil Munkar).
Semoga 1432H ini akan meningkatkan lagi prestasi iman, adab, akhlak, akidah dan ilmu kita semua. Kullu 'Am wa Antum Bi Khoir (Sepanjang tahun dan masa kita semua berada dalam kebaikan di bawah Rahmat Allah SWT).