Wednesday, August 12, 2009

Liga bawah 12 tahun DUN Dusun Tua

Salam...

Agak lama tidak berceloteh cerita kampung..
walau lewat namun masih relevan lagi...

Baru-baru ini Biro Belia dan Sukan mengambil inisiatif untuk
menghantar pasukan bawah 12 tahun kampung ini untuk menyertai pertandingan
bolasepak 7 sebelah piala jawatankuasa pengurusan DUN.

Walaupun pasukan yang dihantar agak 'low-profile'
penuh kekurangan, al-malum tanpa jersi yang lengkap
bahkan ketua pasukannya Adik Haziq datang mengadu kasutnya tiada..

Namun semua rintangan itu dihadapi dengan kesabaran
demi memenuhi harapan terutama aanak-anak remaja kampung ini
yang cukup berkobar-kobar untuk membuktikan semangat dan skill mereka..

Moh kita jenguk apa yang berlaku....



Makanan serba sederhana para pemain
ditaja oleh Yusuf Taiyyubbb...!


Merangka strategi..
mula-mula nak jadi pengurus saja
terpaksa merangkap jurulatih, agak-agak ada gaya Dollah Salleh ke?


Kesebelasan utama...
Pak Alang (Sdr Man) yang hadir bagi mengisi jawatan jurulatih
Alhamdulillah, jelmaan Dollah Salleh hadir juga...


meraikan jaringan awal yang menjadi punca pasukan Batu 17 Dusun Tua
juara kumpulan

Selepas juara kumpulan
penuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah
yang hebat pasukan Batu 17 Dusun Tua tidak abai solat Zohor dan Asar berjemaah
termasuk solat hajat



Belanja dan meraikan para pemain untuk memberi semangat melangkah ke peringkat seterusnya


Penalti pulak, nasib menang...
menang pun lambung duit pasal penalti tadi seri 2-2

Dah kalah sedih pada suku akhir
namun menang selepas berjaya dalam bantahan pihak lawan hantar pemain tidak berdaftar dan melebihi had umur


memenangi tempat ketiga selepas menewaskan pasukan Rinching pada penentuan tempat ketiga...

Alhamdulillah, kita bermula kosong dan mendapat kedudukan yang terbaik dalam kumpulan pasukan terbaik...

Sunday, June 7, 2009

Juara Pertandingan Futsal bawah 18 tahun... Tahniah anak-anak muda Batu 17

Salam... Sekitar pertandingan Futsal Bawah 18 tahun, Piala Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua bersama YB Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat.

Pertandingan diadakan di gelanggang Futsal Taman Titiwangsa Jalan Sungai Tekali pada Hari Ahad 24 Mei 2009.
Pasukan ini yang terdiri dari sebahagian pemain dari Batu 17 dibimbing Sdr Yusrizat Idris yang juga merupakan AJK JKKK Batu 17 Dusun Tua.

Walaupun bermula perlahan dengan keputusan seri, namun rentak kemenangan selepas itu menyusul dan meneruskan momentum terbaik sehingga layak ke pertandingan akhir yang menyaksikan pertemuan sengit bertemu dengan pasukan dari putrajaya.


Syabas diucapkan dengan gaya ala-ala kampung namun pasukan Sri Puding berjaya membuat kejutan sekaligus merangkul kejuaraan disamping menaikkan nama kampung. Sekali Tahniah dan syabas diucapkan.. MABRUK...!

APA-APA HAL, WARM-UP & STRECH DULU... LONGGARKAN MANA YANG KETAT

BERGAMBAR PUN PENTING...

ARAHAN TERAKHIR SEBELUM BERAKSI...
"Apa yang penting, kerjasama..."

BOLEH BUAT POSTER NI...
BERGAMBAR DENGAN OTAI-OTAI SRI PUDING SENIOR

MELANGKAH MASUK GELANGGANG PENUH KEYAKINAN

SEPAK MULA DARI PASUKAN LAWAN

AKSI-AKSI MENDEBARKAN...

ANTARA PENYOKONG YANG HADIR MEMBERI SOKONGAN
DARI AWAL SEHINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERAKHIR
(leretan senyum dari Bro Yusrizat Hiddink, team dah masuk semi tu...)

GOOD JOB & WELL DONE GUYS...

REHAT & RE-CHARGING...

SEHINGGA KE AKHIRNYA... JUARA...
ALHAMDULILLAH...

Friday, May 22, 2009

Program ceramah keibubapaan Surau Munawwarah batu 17 Dusun Tua

Sekitar ceramah umum 7hb Mei 2009 yang lalu. Penceramah jemputan dari PPZ Wilayah Persekutuan.




Acara kuiz dan ujian kepada para pelajar oleh Pengerusi Surau Ustaz Abu Hasan al-Ashaari Zakaria. Dapat hadiah tu...




Haaa, jeling apa tu...!???


Ohhh, patut le...




Semoga program mendapar kebaikan dari Allah SWT, Aminn...

Tuesday, March 17, 2009

Rebahnya mercu tanda Kampung Batu 17 Dusun Tua


Pagi subuh 13hb Mac 2009 mencatat tarikh yang tidak akan dilupakan oleh setiap penduduk Kampung Batu 17 Dusun Tua yang tercinta ini. Pagi yang dilanda hujan yang sangat lebat dalam tempoh masa yang agak panjang rupa-rupanya telah mengakibatkan banjir yang sangat dahsyat sehingga merebahkan jambatan gantung Kampung Batu 17 ini.





Bedilan awal ketika banjir 2007 lepas yang mengakibatkan
struktur jambatan berubah dan kedudukan rendah jambatan
menyebabkan ianya mudah dilanggar kayu balak dan rumpun
buluh yang menghentam jatuh jambatan ini


Banjir yang cukup pantas berlaku ini menyebabkan sebahagian kawasan kampung yang berada di tebing sungai dilanda arus banjir yang sangat deras dan melibatkan kira 46 buah rumah di kampung ini diserang air banjir dan lumpur yang agak teruk.



Penduduk hanya dapat bergerak selepas air mula surut pada waktu zohor atau waktu solat Jumaat setelah mula menyerang kira-kira jam 10.00 pagi.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah di sekitar kawasan tepi tebing berhampiran jambatan dan sungai. Agak malang apabila jambatan yang rebah menyebabkan bekalan air yang disalurkan melalui paip yang merentasi jambatan ini turut terputus. Pihak SYABAS yang ditemui Ketua Kampung telah memaklumkan bekalan air akan disambung melalui laluan dari jambatan utama di Batu 16 pada sebelah malam kerana menunggu kontraktor melaksanakan tugas mereka.

Ketua Kampung Batu 17 dan beberapa AJK JKKK Batu 17 sempat bertemu para penduduk yang dilanda banjir dan menghulurkan sedikit makanan.

Turut tidak ketinggalan Biro Belia dan AJK JKKK dengan bantuan Unit Amal Hulu Langat yang menghulurkan bantyuan seadanya meringankan beban mangsa banjir membuat kerja-kerja amal membersih kesan banjir termasuk Sekolah Rendah Agama Batu 16 Dusun Tua dan beberapa buah rumah.

Semoga semua yang terlibat diberikan kesabaran oleh Allah.



Ceramah Maulidurrasul 1430H Surau Munawwarah Batu 17


Sekitar program ceramah Maulidurrasul 1430H anjuran Surau Munawwarah dengan kerjasama Biro Dakwah JKKK Batu 17 Dusun Tua.
Setelah sekian lama sejak Aidil adha yang lalu tiada sebarang majlis ceramah peringkat Kampung Batu 17, Alhamdulillah kali ini ianya dapat diteruskan.

Program berlangsung pada 7.30 malam selepas solat Maghrib Hari Khamis 12hb Mac 2009. Penceramah jemputan dari KUIS.

Alhamdulillah juga, kehadiran majlis pada malam tersebut agak baik dan mudah-mudahan program dan pengisian di Surau Munawwarah akan terus mendapat tempat di hati ahli-ahli kariah Batu 17 Dusun Tua.


Turut mengucapkan terima kasih semua ahli kariah di atas kehadiran, sumbangan juadah makanan dan juga kepada Al-Fadhil Tuan Haji Ismail Tamsir Imam Masjid Al-Muttaqin dan Tuan Haji Manan Onah Ketua Lujnah Kebajikan Perkampungan Darul Hidayah yang turut hadir memeriahkan program kali ini.