Sunday, January 17, 2010

Pengumuman

Assalamu'alaikum wrt wbt.


Dua makluman terkini buat sekelian para ahli Kariah Batu 17 Dusun Tua:

(1) Perkhidmatan buang sampah oleh kontraktor lori sampah dari rumah
Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak penganjur En. Razali Hasan. Maklumat perkhidmatan:

Bayaran : RM 15.00 sebulan
Jadual kutipan sampah : 2 kali seminggu setiap Hari Isnin dan Jumaat
Info lanjut, hubungi : En. Razali Hasan (013-3572877)

Program bermula insya Allah pada Februari 2010 ini.


(2) Perkhidmatan tanda tangan dan pengesahan serta sokongan permohonan dari Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun

Bagi mana-mana penduduk yang berkesulitan untuk bertemu dan mendapatkan tanda tangan dan sokongan permohonan dari Pengerusi JKKK Batu 17, Tuan/Puan boleh hubungi pihak JKKK atau Pengerusi JKKK untuk bertemu pemohon di rumah atau di mana-mana lokasi yang dipersetujui antara pemohon dan Pengerusi. Semoga perkhidmatan ini dapat membantu dan mengurangkan sebarang kesulitan penduduk kampung ini.


Kami berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menggunakan perkhidmatan ini dalam usaha kita membina suasana bersih dan sihat di kampung kita. Segala kerjasama baik semua pihak kami ucapkan terima kasih, Jazakallahu Khairan Kathira.

Berkhidmat itulah amal, bersama kita menjaga kebersihan kampung kita.

Setiausaha
JKKK Batu 17 Dusun Tua
017-3144764

Sunday, January 10, 2010

Diari Amal dan Kebajikan JKKK

Salam...
Apa lagi yang hendak diucapkan lagi melainkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nasir Abdullah, En. Rashidi dan rombongan Petronas Gas iaitu dari Badan Kebajikan Petronas Gas yang datang awal pagi dari jauh untuk bersama-sama dengan penduduk Dusun Tua bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga di sini.

Selain dari bantuan kewangan bagi membaiki rumah, mereka juga datang sendiri bagi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka untuk membantu keluarga ini bagi membersihkan kawasan rumah ini.

Pengarah JPD Saudara Mohd Jan amat berbesar hati dan berharap perhubungan baik antara Petronas Gas dan penduduk terus dikekalkan. Terima kasih kepada Ketua Kampung Tuan Haji Shaharani Shuaib Kg. Batu 17 Dusun Tua di atas usaha murni ini.

Bermula dari kerjasama dan rundingan antara pihak Ketua Kampung dengan team Kebajikan Petronas Gas, Alhamdulillah beliau telah mengusahakan sasaran yang layak menerima sumbangan bantuan material dan tenaga dari kumpulan ini.

Bagi pihak JKKK Batu 17 kami sudah tentu mohon ampun bagi setiap kekurangan sepanjang kehadiran pihak Petronas gas di atas layana kurang seberapa. Tidak terbanding kehadiran teman-teman Petronas yang hadir dengan cukup kelengkapan baik tenaga, peralatan, makan minum dan sumbangan.

Buat masa ini 3 sasaran penerima telah disahkan, 2 daripadanya penduduk Dusun Tua Batu 16 dan Batu 17 ialah Puan Norpipah seorang ibu tunggal yang tinggal bersama beliau seorang anak lelaki OKU dan ibunya warga emas. Kedua Puan Azizah dan seterusnya salah seorang penduduk Kampung Padang.

Alhamdulillah, rumah siap dicat, dikemas dan dibersih kawasan sekelilingnya dan diperbaiki mana yang rosak. Semoga sumbangan mereka semua mendapat ganjaran dan rahmat yang besar dari Allah. Amin.


Sekapur sirih dari pimpinan DUN yang hadir menzahirkan keyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga, ucapan dari Sdr. Mohd Jan Sulong (Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Langat merangkap Pengarah JPD) dan ucapan Ketua Kampung serta wakil Kelab Kebajikan Petronas Gas En. Nasir Abdullah dan En. Rashidi.

"Diharapkan pada masa akan datang kita akan terus menjalin hubungan untuk mewujudkan kerjasama ideal bagi membantu golongan yang memerlukan, Haji pastikan lepas ini boleh pelawa sahabat-sahabat kelab ini makan durian Dusun Tua, okay?"
Seluruh wakil Kelab kebajikan yang hadir bersama pimpinan DUN dan JKKK Batu 17 Dusun Tua



"Apa yang penting? kerjasama..."
Servis luar dalam...
Pasukan dapur, turut membantu menyediakan juadah dan hidangan buat petugas, Alhamdulillah sedap belaka...
Tetamu yang turut mewarnai program

Wednesday, December 30, 2009

Ke Arah Kerajaan Bersih Amanah dan Berkebajikan

Salam Ma'al Hijrah,
JKKK Batu 17 menutup tirai 2009 dengan melaksanakan semaksima termampu untuk menjayakan kerja-kerja Kebajikan dan tinjauan masalah rakyat di kampung ini. Alhamdulillah berdasarkan inisiatif dan komitmen AJK yang diketuai Pengerusi JKKK, Tuan Haji Shaharani Shuaiab dalam mendepani amanah ini.
1.) Urusan permohonan mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM:



Individu yang diterima JKM:


- Roshani Dogot

- Amin Sahat

- Mohd Rozan

- Khairil Azuwan

- Puan Sarimah binti Ahmat (atas nama suami: Mohd Zain Ali)


Namun masih terdapat beberapa individu yang sudah ditemuduga oleh pihak JKM masih belum mendapat maklumbalas dan juga terdapat juga yang ditolak.

2.) Permohonan bantuan rumah. JKKK telah mengemukakan beberapa permohonan untuk mendapatkan bantuan membaiki rumah bagi penduduka yang miskin dan dikira layak menerima. Bersama kita doakan permohonan ini mendapatkan pertimbangan pihak berwajib dan jumlah yang setimpal



3.) Menghulurkan bantuan semampu mungkin bagi setiap penduduk yang menghadapi masalah dan kesulitan seperti musibah dan lain-lain.




Doakan kami istiqamah dan terus ikhlas dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk seisi penduduk Kampung Batu 17 Dusun Tua.

BERHIJRAH, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...

Monday, November 30, 2009

Sambutan malam Aidiladha Surau dan Korban Perdana Masjid Dusun Tua

Sekitar program sambutan malam Hari Raya AidilAdha 1430H/2009. Tazkirah dan takbir raya berjemaah serta sedikit jamuan

Sedikit ucapan dan taklimat dari Tuan Haji Shaharani Ketua Kampung Batu 17 Dusun Tua

Jamuan jama'i...


Tangan di hulur saling memaafi kesilapan silam di malam penuh kemuliaan...

Kaum muslimat yang turut memeriahkan program, mereka yang kermujahadah di belakang tabir membantu perihal tugasan dapur...


Anak-anak yang diharap menjadi pelapis pimpinan di segenap lapisan peringkat baik tempatan mahupun negara...


Itu dia Ketua kampung kita turut bersama dalam Korban Perdana Masjid Batu 16 yang julung-julung kali diadakan sejak kira-kira 12 tahun yang lalu. Alhamdulillah terubat rindu lama, nostalgia sejak zaman sekolah...


Pengarah program Korban, Tuan Haji Abdul Aziz Tahir merangkap Imam III Masjid. Ini sifu besar bab kerja korban dan semebelihan lembu...



Orang kuat Kampung kita, Sdr Bentayan!


Timbalan Nazir ditemani Pak Ya otai Batu 17...


Posing menarik Pak Ya, "setakat tumbang lembu seekor ni apa baranggg..."


Tenaga muda Batu 17, sebahagian team tumbang 20 lembu .. pun apa barang..!

Wajah-wajah Pemuda Batu 17, Sdr. Yusrizat, kapten di padang bola dan kerja amal masjid...


Sdr Fazli (Enoi), punch card lewat elaun potong sikit buat belanja air untuk kawan-kawan lain...


YB Dr. Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat bersama En. Yatim


pun orang kuat Pemuda Batu 17 dan Kg Paya Seberang

Takkan cover line belakang periuk sup, strategi tu..

Abg Pojan, The Mighty... skin collector...
tunggu panggilan makan kulit bakar...

Bendahari Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua, Tuan Haji Md Ariffin bersama Pak Ya, Ustaz Talib...



Malam Raya 2009














































Banjir di saat syawal

Salam

Lama sangat ruangan blog ini tidak di'update', agak sibuk namun berita yang lama tetap dimuatkan sekadar memori dan rekod peristiwa yang berlaku sekitar kampung Batu 17 ini.

Gambar di rakamkan ketika sedang menerima kunjungan sahabat beraya di rumah

Sekitar banjir besar pada malam 21hb Oktober 2009 (Rabu). Saat ini pun masih mood syawal dan Alhamdulillah kesan banjir tidak serius dan juga tidak melibatkan kerugian dan kerosakan yang serius.

Namun berdasarkan pemerhatian dan kerja-kerja menyelamatkan yang turut melibatkan Unit Amal Hulu Langat, banyak bertumpu di Sungai Serai yang menerima banjir yang agak besar. Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak PERKID yang telah menghantar sekumpulan petugas untuk melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan membantu mangsa banjir terutama di kawasan hadapan IKBN dan Sungai Serai.