Friday, May 22, 2009

Program ceramah keibubapaan Surau Munawwarah batu 17 Dusun Tua

Sekitar ceramah umum 7hb Mei 2009 yang lalu. Penceramah jemputan dari PPZ Wilayah Persekutuan.




Acara kuiz dan ujian kepada para pelajar oleh Pengerusi Surau Ustaz Abu Hasan al-Ashaari Zakaria. Dapat hadiah tu...




Haaa, jeling apa tu...!???


Ohhh, patut le...




Semoga program mendapar kebaikan dari Allah SWT, Aminn...

Tuesday, March 17, 2009

Rebahnya mercu tanda Kampung Batu 17 Dusun Tua


Pagi subuh 13hb Mac 2009 mencatat tarikh yang tidak akan dilupakan oleh setiap penduduk Kampung Batu 17 Dusun Tua yang tercinta ini. Pagi yang dilanda hujan yang sangat lebat dalam tempoh masa yang agak panjang rupa-rupanya telah mengakibatkan banjir yang sangat dahsyat sehingga merebahkan jambatan gantung Kampung Batu 17 ini.





Bedilan awal ketika banjir 2007 lepas yang mengakibatkan
struktur jambatan berubah dan kedudukan rendah jambatan
menyebabkan ianya mudah dilanggar kayu balak dan rumpun
buluh yang menghentam jatuh jambatan ini


Banjir yang cukup pantas berlaku ini menyebabkan sebahagian kawasan kampung yang berada di tebing sungai dilanda arus banjir yang sangat deras dan melibatkan kira 46 buah rumah di kampung ini diserang air banjir dan lumpur yang agak teruk.



Penduduk hanya dapat bergerak selepas air mula surut pada waktu zohor atau waktu solat Jumaat setelah mula menyerang kira-kira jam 10.00 pagi.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah di sekitar kawasan tepi tebing berhampiran jambatan dan sungai. Agak malang apabila jambatan yang rebah menyebabkan bekalan air yang disalurkan melalui paip yang merentasi jambatan ini turut terputus. Pihak SYABAS yang ditemui Ketua Kampung telah memaklumkan bekalan air akan disambung melalui laluan dari jambatan utama di Batu 16 pada sebelah malam kerana menunggu kontraktor melaksanakan tugas mereka.

Ketua Kampung Batu 17 dan beberapa AJK JKKK Batu 17 sempat bertemu para penduduk yang dilanda banjir dan menghulurkan sedikit makanan.

Turut tidak ketinggalan Biro Belia dan AJK JKKK dengan bantuan Unit Amal Hulu Langat yang menghulurkan bantyuan seadanya meringankan beban mangsa banjir membuat kerja-kerja amal membersih kesan banjir termasuk Sekolah Rendah Agama Batu 16 Dusun Tua dan beberapa buah rumah.

Semoga semua yang terlibat diberikan kesabaran oleh Allah.



Ceramah Maulidurrasul 1430H Surau Munawwarah Batu 17


Sekitar program ceramah Maulidurrasul 1430H anjuran Surau Munawwarah dengan kerjasama Biro Dakwah JKKK Batu 17 Dusun Tua.
Setelah sekian lama sejak Aidil adha yang lalu tiada sebarang majlis ceramah peringkat Kampung Batu 17, Alhamdulillah kali ini ianya dapat diteruskan.

Program berlangsung pada 7.30 malam selepas solat Maghrib Hari Khamis 12hb Mac 2009. Penceramah jemputan dari KUIS.

Alhamdulillah juga, kehadiran majlis pada malam tersebut agak baik dan mudah-mudahan program dan pengisian di Surau Munawwarah akan terus mendapat tempat di hati ahli-ahli kariah Batu 17 Dusun Tua.


Turut mengucapkan terima kasih semua ahli kariah di atas kehadiran, sumbangan juadah makanan dan juga kepada Al-Fadhil Tuan Haji Ismail Tamsir Imam Masjid Al-Muttaqin dan Tuan Haji Manan Onah Ketua Lujnah Kebajikan Perkampungan Darul Hidayah yang turut hadir memeriahkan program kali ini.



Monday, February 16, 2009

Liga Veteran 7 Sebelah antara JKKK DUN Dusun Tua


Sebahagian dari warna-warni pertandingan Liga Veteran (7 sebelah) antara JKKK DUN Dusun Tua. Alhamdulillah, Kg Batu 17 Dusun Tua tidak ketinggalan menghantar wakil ke pertandingan ini. Terima kasih kepada Sdr Mohd Azlan dan Sdr Nor Fazli Md Yatim yang bersama dalam menggerakkan penyertaan pasukan ini. Turut serta menyertai pertandingan ialah jiran dan sahabat JKKK Batu 17 iaitu teman-teman dari pasukan JKKK Batu 16 Dusun Tua. Alhamdulillah, penyertaan memberikan hasil positif apabila pasukan kita berjaya menjadi semi finalis sekaligus menempatkan diri selaku the top 4.


Walaupun tewas di perlawanan separuh akhir, sekurang-kurangnya masih merasa terima hadiah lagi heh.. heh.. heh..

Wajah-wajah penyokong dan pejuang-pejuang Dusun Tua ...


Sebahagian besar wajah wira yang mengharumkan nama Batu 17

- Enoi (Nor Fazli)
- Hirrul Rizal Ibrahim "Our Hero"
- Bro Samsuri The Otai
- Mamak Karim
- Cikgu Ayem (Rahim)
- Bro Kanang
- Bro Azlan Bahari
- Bro Ijam Moli
- Bro Supian Othman
- Bro Shukor The Inspector...

dan lain-lain yang turut sama bermain.



Aksi-aksi mendebarkan...


Setelah penat berusaha, akhirnya kejayaan ditempa bersama


All of our men of the match...



Open table lah lepas menang meraikan kejayaan... Tahniah sekali lagi...

Wednesday, February 4, 2009

Pilihanraya demokrasi masjid-masjid di DUN Dusun Tua


Setelah sekian lama hak rakyat dinafikan untuk membuat dan melantik ahli jawatankuasa masjid secara demokrasi, akhirnya ruang ini dibuka semula dan dapat dilaksanakan dengan aman serta dalam suasana kondusif...

Alhamdulillah setakat yang didengari tiada sebarang masalah besar berlaku. Di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua, dari awal sehinggalah ke akhir mesyuarat berjalan penuh ukkhuwwah dan pemilihan dilakukan sangat terbuka dan telus.

Selain itu juga, 2 AJK Surau Munawwarah Batu 17 telah terpilih sebagai AJK Masjid al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Ariffin yang juga merupakan Naib Pengerusi Surau serta Sdr. Saupi Azran yang juga merupakan Setiausaha Surau Munawwarah yang juga terpilih sebagai Penolong Setiausaha baru Masjid al-Muttaqin.


Mesyuarat dikendalikan oleh pegawai dari JAIS dan dibantu setiausaha dan pemeriksa kira-kira dari Masjid sebagai wakil masjid


Turut mengundi sama, calon Nazir Masjid Dusun Tua yang juga sepakat dipilih ahl-ahli qariah..


Antara calon yang mendapat undi terbanyak dari ahli-ahli qariah, Tuan Haji Ismail Sudir sebagai calon Imam.





Selamat bertugas kepada semua yang terpilih untuk mengemudi dan mentadbir rumah Allah. Di hadapan menanti cabaran memperbaiki kekurangan masa lepas dan saat merintis tauladan mulia bermula sekarang!






Maksud Firman Allah Ta’ala :

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, ayat 18)

dan bukannya kuasa politik jahil!