Sunday, September 6, 2009

Masalah dan isu semasa kampung

JKKK Batu 17 Dusun Tua sedaya upaya untuk terus prihatin dan mengambil berat permasalahan yang melanda khasnya di kampung ini. Di dalam tinjauan dan pemerhatian yang diketuai Pengerusi JKKK, beberapa masalah telah dikenalpasti dan diusahakan jalan penyelesaiannya.

Antara masalah yang berlaku ialah tali air sawah yang dipenuhi rumput dan semak yag tidak ditebas yang memerlukan penyelenggaraan khasnya pihak berkuasa. Namun beberapa aduan yang telah dikemukakan pihak JKKK termasuklah masalah hakisan tebing sungai dan jambatan rosak (sekarang sudah runtuh akibat banjir) masih belum disempurnakan pembaikannya walaupun telah dilaksanakan sedikit kerja-kerja namun ianya tidak menyeluruh.

Pihak JKKK telah mengambil sedikit inisiatif dalam menyelesaikan masalah ini seperti mengusahakan perbelanjaan dan mendapatkan perkhidmatan untuk menyelenggara tali air ini agar ianya menjadi kemas dan tidak menyebabkan banjir lagi kepada para penduduk berhampiran tali air ini.





beberapa pemandangan longkang yang masih belum diselenggara oleh pihak berkuasa walaupun surat dan permohonan kepada pihak atasan telah dikemukakan...


Beberapa pemandangan rumput di tepi jalan yang telah lama tidak diselenggara



Pengerusi mengetuai kerja-kerja meninjau dan bertemu penduduk bagi mencari jalan penyelesaian...


Usaha dan inisiatif serius telah diambil oleh Jawatankuasa JKKK untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dengan mengusahakan perbelanjaan sendiri untuk mendapatkan perkhidmatan kontraktor tempatan untuk menyelenggara tali air dan memmbersihkan rumput di tepi jalan...



Tali air yang telah diselenggara...




Akan terus komited melaksanakan sebaik mungkin amanah yang telah dipertanggunjawabkan...
Bantulah kami untuk sama-sama kita saling membantu demi kebaikan kita semua....

Ke Arah Kerajaan Adil, Bersih dan Berkebajikan

Liga Bolasepak 7 sebelah anjuran PERKID Hulu Langat

Salam...

Sekitar pertandingan bolasepak 7 sebelah anjuran PERKID di Taman Desa Sentosa. Anjuran bersama Ahli Majlis MPKj zon 1 & 3 Sdr Mohd Jan Sulong serta Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli. Walaupun program ini di luar kawasan batu 17 Dusun Tua, ianya menyaksikan penyertaan beberapa warga Kampung Batu 17 ini terutama 2 AJK JKKK iaitu Sdr Yusrizat dan Sdr Mohd Azlan serta beberapa lagi teman-teman warga Batu 17 seperti Sdr. Nor Fadli Yatim, Sdr Yusfaizal daln ramai lagi.

Apa yang dibicarakan 2 tokoh ini ya?
YB Dr Che Rosli & Sdr Mohd Jan Sulong (Ahli Majlis MPKj)...

Selain itu penyertaan mereka sekurang-kurangnya telah mengharumkan nama kampung apabila termasuk selaku pemain yang menjadi pasukan juara iaitu Sdr Yusrizat dan naib juara iaitu Sdr Mohd Azlan yang turut dipilih sebagai pemain terbaik keseluruhan.


Penyampaian hadiah disampaikan oleh 3 tokoh di dalam program ini iaitu Pengerusi Perkid Ustaz Masrizi, YB Dr Che Rosli dan Sdr Mohd Jan Sulong...




Tahniah....

Riadhah sebelum Ramadhan

Salam...

Sedikit coretan sekitar pertandingan sepak takraw tertutup Batu 17 Dusun Tua...
Melalui inisiatif beberapa sahabat antara kalangan para pemain seperti Sdr Yusfaizal, Sdr Nor Fadzli Yatim dan lain-lain, maka terbentuk pertandingan kecil namun menghiburkan ini. Sekurang-kurangnya terus meningkatkan daya saing permainan di antara para pemain, mengeratkan silaturahim dan menyuburkan aktiviti riadhah yang bermanfaat di kampung ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang melibatkan diri ...




Wednesday, August 12, 2009

Liga bawah 12 tahun DUN Dusun Tua

Salam...

Agak lama tidak berceloteh cerita kampung..
walau lewat namun masih relevan lagi...

Baru-baru ini Biro Belia dan Sukan mengambil inisiatif untuk
menghantar pasukan bawah 12 tahun kampung ini untuk menyertai pertandingan
bolasepak 7 sebelah piala jawatankuasa pengurusan DUN.

Walaupun pasukan yang dihantar agak 'low-profile'
penuh kekurangan, al-malum tanpa jersi yang lengkap
bahkan ketua pasukannya Adik Haziq datang mengadu kasutnya tiada..

Namun semua rintangan itu dihadapi dengan kesabaran
demi memenuhi harapan terutama aanak-anak remaja kampung ini
yang cukup berkobar-kobar untuk membuktikan semangat dan skill mereka..

Moh kita jenguk apa yang berlaku....



Makanan serba sederhana para pemain
ditaja oleh Yusuf Taiyyubbb...!


Merangka strategi..
mula-mula nak jadi pengurus saja
terpaksa merangkap jurulatih, agak-agak ada gaya Dollah Salleh ke?


Kesebelasan utama...
Pak Alang (Sdr Man) yang hadir bagi mengisi jawatan jurulatih
Alhamdulillah, jelmaan Dollah Salleh hadir juga...


meraikan jaringan awal yang menjadi punca pasukan Batu 17 Dusun Tua
juara kumpulan

Selepas juara kumpulan
penuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah
yang hebat pasukan Batu 17 Dusun Tua tidak abai solat Zohor dan Asar berjemaah
termasuk solat hajat



Belanja dan meraikan para pemain untuk memberi semangat melangkah ke peringkat seterusnya


Penalti pulak, nasib menang...
menang pun lambung duit pasal penalti tadi seri 2-2

Dah kalah sedih pada suku akhir
namun menang selepas berjaya dalam bantahan pihak lawan hantar pemain tidak berdaftar dan melebihi had umur


memenangi tempat ketiga selepas menewaskan pasukan Rinching pada penentuan tempat ketiga...

Alhamdulillah, kita bermula kosong dan mendapat kedudukan yang terbaik dalam kumpulan pasukan terbaik...