Dua pengisian program iaitu Tahlil dan Tazkirah Perdana sempena Hari Belia dan Kem Sehari Bersama Al-Quran siri 1.
Foto-foto sekitar Tahlil dan Tazkirah Perdana:
Sekitar program pendaftaran skim usia emas bagi warga emas kariah ini khasnya. Program dijayakan secara bersama oleh JKKK Batu 16 dan batu 17 Dusun Tua dengan kerjasama pihak Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.
Program berlangsung sekitar 14hb Mei 2010 Hari Jumaat. Sekitar hampir 50 nama warga emas Kariah ini telah didaftarkan di bawah skim yang dijayakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini. Terima kasih kepada teman-teman AJK kedua-dua JKKK dalam menjayakan program ini
Salam,
Bermula pertengahan Mac 2010, pihak Biro Pendidikan JKKK Batu 17 dengan kerjasama pihak Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua telah menjayakan kelas pengajian untuk pelajar Sekolah Rendah Agama dari 8 - 12 tahun.
Sekitar 25 orang pelajar telah menyertai program yang diadakan setiap Hari Isnin dan Jumaat setiap minggu yang diadakan selepas Solat Maghrib. Kelas membabitkan bimbingan subjek kemahiran membaca jawi dan al-Quran yang dibawa oleh Sdr. Saupi Azran Muhamad Tamjis.
Penganjur juga turut menyediakan jamuan untuk para pelajar selepas selesai kelas. Mudah-mudahan penganjuran kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam dua bidang ini selain membuka peluang mereka membabitkan diri dalam aktiviti surau dan solat berjemaah. Semoga anak-anak pelajar ini juga bakal menjadi golongan pelapis pimpinan masyarakat masa akan datang.
Pihak penganjur turut mengalukan mana-mana pihak yang berminat memberikan sumbangan bagi membiayai kos jamuan para pelajar ini.
Syukran diucapkan sekali lagi kepada pihak Kelab Kebajikan Petronas Gas yang terus memberikan sumbangan mereka dalam membantu golongan yang memerlukan di Kariah Dusun Tua ini
Gotong-royong diadakan sekitar beberapa rumah di kawasan berdekatan Dewan Orang Ramai Batu 16 Dusun Tua dengan kerjasama kedua-dua JKKK. Aktiviti membersih dan sumbangan diadakan di waktu pagi dalam sebahagian dari jadual kursus latihan peserta kelab.
Semoga Allah memberkati kerja buat dan amal mulia ini. Terima kasih juga kepada kedua-dua Pengerusi JKKK Batu 17 (Tuan Haji Shaharani Shuaib) dan Batu 16 (En. Mohd Ghazali Mohd Sair) yang menjadi orang kuat di sebalik tabir program ini.
