Tuesday, February 8, 2011

Ziarah prihatin warga Kampung Batu 17

Salam,

Baru-baru ini Pengerusi dan S/usaha JKKK Batu 17 Dusun Tua telah mengadakan ziarah ke kediaman Sdr. Asmungi Johdi (Sdr. Muis). Pihak JKKK telah mendapat makluman bahawa beliau sedang menerima rawatan sakit kanser dan ketika diziarahi beliau baru sahaja pulang dari rawatan kimo pertama beliau.

Namun ketika berita ini ditulis, beliau dikhabarkan telah menerima rawatan kimo kali ke-2. Alhamdulillah kunjungan tempoh hari memperlihatkan kemajuan dari segi kesihatan beliau. Pesan Pengerusi: "Walau tiada selera makan, pastikan tetap menjamah makanan kerana ianya membekalkan tenaga kepada tubuh badan..."

Bagi pihak JKKK Batu 17 dan Surau Munawwarah, akan tetap mendoakan kesihatan Sdr. Asmungi Johdi dan mudah-mudahan akan kembali sihat dan kembali berdaya dalam melaksanakan kerja, ibadat harian serta kembali aktif bersukan seperti mana beliau aktif sebelum ini.

وَإِذا مَرِضتُ فهُوَ يشفين... Apabila daku sakit, maka DIA (Allah) yang menyembuhkan... Amin

Wednesday, January 5, 2011

Petikan Tazkirah Perdana Maal Hijrah 1432H

Sekitar Tazkirah Perdana Maal Hijrah oleh YBhg. Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua) dan penyampaian sumbangan bantuan persekolahan bagi penduduk Kampung Batu 17 Dusun Tua.

Mudah-mudahan peringatan, nasihat dan tips positif di dalam tazkirah ini dapat dimanfaat bersama bagi meningkatkan iman dan amal. Peringatan-peringatan penting untuk bersama kita memelihara keselematan akidah diri, ahli kerluarga jiran dan ummah umumnya. Menghidupkan peranan menegakkan perkara yang baik dan mencehad perkara-perkara yang mungkar (al-Amru bil Ma'ruf wa al-Nahyu 'Anil Munkar).

Semoga 1432H ini akan meningkatkan lagi prestasi iman, adab, akhlak, akidah dan ilmu kita semua. Kullu 'Am wa Antum Bi Khoir (Sepanjang tahun dan masa kita semua berada dalam kebaikan di bawah Rahmat Allah SWT).












Tuesday, December 21, 2010

Tazkirah Perdana Maal Hijrah dan Sumbangan Bantuan Persekolahan


Salam,

Dijemput semua warga Kariah Batu 17 Dusun Tua ke program ini:

Program : Tazkirah Perdana Maal Hijrah 1432H & Sumbangan Bantuan Persekolahan

Tarikh : 23hb Disember 2010 (Khamis)
Masa : 7.15 malam - 9.45 malam
Lokasi : Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua
Pentazkirah : YBhg. Sdr. Mohd Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)

Untuk makluman, program merupakan anjuran bersama antara Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua dan JKKK Batu 17 Dusun Tua. Turut menyerikan agenda program, agihan sumbangan bantuan persekolahan untuk penduduk terpilih yang berpendapatan rendah.

Semoga kehadiran Tuan/Puan warga Kariah dapat menyerikan serta memeriahkan lagi program ini. Jazakallahu Khairan Kathira.

Monday, November 22, 2010

Ziarah kebajikan Aidiladha JKKK Batu 17

JKKK Batu 17 baru-baru ini telah mengadakan ziarah bertemu Sdr. Yusuf Anuar (Abang Usop Nuan) yang sedang mengidap sakit diabetis. Beliau yang masih di dalam rawatan akibat luka di kaki dibernarkan pulang ke rumah selama 5 hari sempena Hari Raya Haji ini. Beliau dijadualkan kembali semula ke Hospital untuk rawatan lanjut selepas itu.

Warga JKKK Batu 17 turut menghulurkan sedikit bantuan kewangan membantu beliau yang sedang manghadapi kesulitan. Didoakan agar diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali melakukan kerja harian dan ibadat seperti sedia kala. Amin...


Ustaz Abdul Rahman Abdullah selaku Bendahari JKKK Batu 17 merangkap Pengerusi Surau Munawwarah Batu 17 turut hadir menziarahi dan menghulurkan bantuan

Bantuan kecemasan bencana alam penduduk Kampung Batu 17

Baru-baru ini rumah Puan Azizah Othman telah ditimpa pokok yang menyebabkan kerosakan teruk pada rumanya terutama atap. Tuan Haji Shaharani Shuaib (Pengerusi JKKK Batu 17) telah datang meninjau dan menghulurkan bantuan segera kepada Puan Azizah mengemas, membersih dan membaiki semula kerosakan rumah beliau. JKKK Batu 17 bersimpati ke atas apa yang berlaku namun berusaha sebaiknya untuk membantu beliau. Setakat ini JKKK Batu 17 sedang mengusahakan bantuan dan membantu untuk membaik pulih atap rumah beliau yang rosak teruk itu. Mana-mana pihak yang turut berminat untuk membantu boleh hubungi setiausaha JKKK Batu 17 sdr. Saupi Azran (017-3144764)

Keadaan rumah Puan Azizah yang dihempap pokok

Kerja-kerja membersih pokok yang masih melekat pada atap rumah

Kerja-kerja membersih hampir selesai namun rumah sudah tiada atap untuk berteduh dari panas serta hujan

Bantuan baik pulih segera sedang diusahakan

Thursday, November 18, 2010

Kemeriahan dan gelagat Program Korban 2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua

Kemeriahan penuh bermakna sekitar program Korban Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua. Lebih bermakna perancangan awal yang hanya satu ekor sahaja yang ditumbangkan namun di saat akhir sumbangan dari Bilal 1 Surau, Tuan Haji Mohamaed Yusuf yang telah berjaya mendapatkan sumbangan untuk menambah satu ekor lagi menjadikan 2 ekor semuanya.

Kepada penyembelih, AJK dan warga penduduk yang sudi hadir membantu sedia sempurnanya program pihak Surau dan JKKK mengucapkan terima kasih Jazakallahu Khairan Kathira.


Telatah Along Latif, Man serta Pak Buyung...


Gelagat Makcik Imah.. havoc2!


Jom belajar siat kulit ekor lembu...!


Skuad timbangan dan agihan daging korban...


Amat, B.E dan Ustaz Mokhtar di belakang tabir, membantu kerja-kerja pembersihan


Skuad Chef.. penyediaan sup dan makan tengah hari untuk para petugas

Skuad WWE Smackdown, penumbang lembu korban

Sdr. Redza Malik (tenaga penyembelih) sedang bersiap siaga...

Lapah...

Kegigihan Pengerusi Surau, Ustaz Abdul Rahman Abdullah... Tahun ni Ustaz tak balik Kedah, cuti tahun pun habis dek menyiapkan thesis hebat Master Falsafah Islamnya...

Mantan Pengerusi Surau, Sdr. Khyrul Anuar... pun tak balik Kedah raya korban ni..

Otai2 kampung dalam kerja-kerja gotong-royong, Pak Chulit (En. Rosli) dan Pak Abu Shahmanan

Tenaga kuat Belia Kampung, Sdr. Azlan... baru le bermanfaat lengan yang besar tu...

Kikis daging ke?


Tenaga-tenaga muda membantu kerja-kerja melapah...

Turut dibantu tenaga orang-orang lama yang turut berganding bahu... kelihatan Sdr. Yusfaizal Idris AJK Surau...

Skuad timbang, diketuai oleh En. Rosli Husin

Ustaz Abdul Rahman sponsor nasi lemak sambal sotong tu...


Tenaga-tenaga wanita dan HAWA membantu kelancaran tugas dapur menyediakan juadah untuk para petugas..

Kepada semua, terima kasih lagi diucapkan dan semoga kita akan terus berkorban dan bekerjasama dalam melaksanakan apa jua program di Kampung Batu 17 Dusun Tua ini

Sambutan malam Aidiladha 2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua - Tazkirah dan perutusan pimpinan kampung

Sambutan sederhana malam Aidiladha di Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua. Pengisian seperti:

(1) Takbir Jama'ei Aidiladha
(2) Tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid Pendakwah bebas anak tempatan

Turut berkesempatan merakam ucapan dan pesanan para pimpinan kampung:


Tazkirah Ustaz Bakhtiar Fitri

Takbir Aidiladha


Pesanan-pesanan bermakna untuk Aidiladha












Semoga pengorbanan kita diterima sebagai ibadat yang ikhlas di sisi Allah SWT.