Salam,
Khamis 25hb Mac 2010 yang lalu pihak Jawatankuasa Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua telah menyempurnakan arahan JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID) untuk melaksanakan mesyuarat ini.
Mesyuarat dimulakan sejurus selepas Solat Maghrib dan taklimat awal disampaikan oleh Pengerusi mesyuarat kepada jemaah ang hadir. Beberapa jawatan utama yang dibuka untuk dipilih calonnya dan hanya beberapa jawatan sahaja yang memerlukan undian bagi menentukan calonnya:
Pengerusi : Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman Abdullah (Menang tiada pertandingan)
Imam : Al-Fadhil Sdr. Ashaari Johdi (tiada pertandingan)
Bilal : Tuan Haji Yusuf (menang 1 undi melebihi Sdr. Sazali Tumin)
Siak : En. Mohamad Tamjis Alias (tiada pertandingan)
Pemuda : Mohamad Azlan Mohamad Tamjis (tiada pertandingan)
Wanita : Puan Hamidah Abdul Jalil
(undian melebihi calon, Puan Inom Abd Jalil dan Ustazah Azizah Hashim)
Proses pemilihan berlangsung agak sederhana dengan bilangan jemaah yang tidak begitu ramai namun secara umumnya pemilihan berlaku dalam suasana penuh kondusif.
Semoga kepimpinan baru ini akan dapat melengkapkan barisan AJKnya yang terbaik bagi mengharungi cabaran kerja dakwah dan melebarkan usaha meninggikan agama khasnya di kampung ini.
Sudah tentu cabaran yang hebat bakal ditempuh oleh jawatankuasa kali ini yang diketuai Ustaz Abdul Rahman dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan surau dengan bilangan jemaahnya yang ramai seperti dulu dan menguruskan semula pentadbiran surau yang agak kurang diberikan fokus sebelum ini.
Selamat berjaya...!