Thursday, July 15, 2010

Ceramah Perdana Israk Mikraj 1431H/2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua

Sekitar program ceramah perdana Israk dan Mikraj 2010 Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua pada 8hb Julai 2010 (Khamis) yang lalu.

Ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Khaliq Mohamad Rasid yang juga merupakan penceramah bebas dan guru KAFA.

Penekanan ceramah kepada isu-isu berkaitan peristiwa mukjizat agung itu khasnya dengan isu semasa semakin menghimpit umat dengan berbagai-bagai gejala yang berlaku masa kini.

Al-Fadhil Ustaz turut mengingatkan tentang kepentingan Solat berjemaah dan perpaduan sesama ahli kariah.






Gotong-royong bersih dinding Surau Munawwarah Rejab 2010 (Ambang Ramadhan)

Sekitar program gotong-royong membersih dinding surau yan dihinggapi kulat sekaligus menyebabkan keceriaan dalaman surau terganggu.

Rentetan mesyuarat AJK Surau yang baru Pengerusi Surau baru Ustaz Abdul Rahman memohon agar gotong-royong kerja membersih khas yang memfokuskan kepada membersih dinding teresbut.

Antara aksi-aksi warga jemaah surau yang hadir membantu berusaha menambahkan keceriaan surau yang setidak-tidaknya menambahkan lagi semangat warga jemaah mendekati surau ini mudah-mudahan.



Kotornya...




Tenaga-tenaga muslimah dari kalangan ibu...

Tenaga-tenaga muda pelapis kampung...

Aksi-aksi stunt yang turut melibatkan Pengerusi Surau, Ustaz Abdul Rahman. Brutal juga Pengerusi Surau...


Terima kasih kepada yang memberikan sumbangan jamuan


Alhamdulillah, bersihnya...

Sambutan Hari Belia 2010 Biro Pemuda JKKK Batu 17 dan Biro Pemuda Masjid Al-Muttaqin Batu 16

Sekitar program sambutan Hari Belia 2010. Program yang diterajui oleh Biro Pemuda JKKK Batu 17 dengan kerjasama Biro Pemuda JKKK Batu 16 dan Biro Pemuda Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.

Dua pengisian program iaitu Tahlil dan Tazkirah Perdana sempena Hari Belia dan Kem Sehari Bersama Al-Quran siri 1.

Foto-foto sekitar Tahlil dan Tazkirah Perdana:

Sdr. Mohamad Azlan, pengarah program dan En. Ghazali Mohd Sair Pengerusi JKKK Batu 16 Dusun Tua

Antara tenaga pimpinan masjid, Tuan Haji Zainudin Salleh (Tuan Nazir) dan Tuan Haji Lutfi (Tuan Bilal)

Al-Fadhil Ustaz Wahid Zainal Abidin selaku penyampai tazkirah dan Tuan Haji Ismail Tamsir (Imam I) yang membimbing bacaan Yasin dan Tahlil

Turut menyampaikan ucapan, Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN) juga selaku jemputan VIP




Tenaga muda dalam menjayakan program ini, Sdr. Azlan dan Firdaus

PROGRAM KEM SEHARI BERSAMA AL-QURAN (SIRI 1)
Program dijayakan oleh Biro Pendidikan JKKK Batu 17 Dusun Tua dengan kerjama Biro Pemuda JKKK dan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.
Sekitar 25 orang peserta yang hadir menyertai program ini yang bermula sekitar jam 8.30 pagi - 12.30 tengah hari.
Antara kandungan kem ini iaitu pembentangan Sejarah Al-Quran dan Tanda-tanda bacaan Rasm Uthmaniyah dalam al-Quran


Pendaftaran Warga Emas Kariah Dusun Tua

Sekitar program pendaftaran skim usia emas bagi warga emas kariah ini khasnya. Program dijayakan secara bersama oleh JKKK Batu 16 dan batu 17 Dusun Tua dengan kerjasama pihak Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.


Program berlangsung sekitar 14hb Mei 2010 Hari Jumaat. Sekitar hampir 50 nama warga emas Kariah ini telah didaftarkan di bawah skim yang dijayakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini. Terima kasih kepada teman-teman AJK kedua-dua JKKK dalam menjayakan program ini


Wednesday, July 14, 2010

Sekitar perasmian Jambatan baru Kg Batu 17 Dusun Tua

Tahniah diucapkan kepada pihak berkuasa yang telah menyempurnakan kerja-kerja pembinaan jambatan baru kampung ini bagi menggantikan jambatan gantung yang telah rosak ketika banjir besar pertengahan tahun 2009 lepas.
Sekitar majlis perasmian yang dijayakan oleh JKKP Batu 17 Dusun Tua dan Pejabat ADUN Dusun Tua yang dirasmikan oleh YB Tuan Ismail Sani.
Tuan Haji Shaharani Shuaib Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua turut serta meraikan majlis tersebut dan berkesempatan beramah mesra dengan pihak penganjur terutamanya YB Ismail Sani.
Pihak JKKK Batu 17 Dusun Tua juga amat berbesar hati dalam menjalinkan kerjasama dalam apa jua usaha ke arah memberikan keutamaan kepada rakyat jelata. Semoga kerjasama baik ini dapat dijayakan secara berterusan dalam suasana penuh ukhuwwah Islamiah dan kondusif. Selamat berkhidmat demi kerana Allah buat rakyat jelata.

Haji Shaharani dan YB Tuan Ismail Sani serta Ustaz Haji Ismail Hassan Pengerusi JKKP Batu 17 Dusun Tua

Bergambar bersama pengajur program

YB Tuan Ismail Sani dalam ucapan perasmiannya



Tuisyen pelajar sekolah rendah agama Biro Pendidikan dan Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua

Salam,

Bermula pertengahan Mac 2010, pihak Biro Pendidikan JKKK Batu 17 dengan kerjasama pihak Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua telah menjayakan kelas pengajian untuk pelajar Sekolah Rendah Agama dari 8 - 12 tahun.

Sekitar 25 orang pelajar telah menyertai program yang diadakan setiap Hari Isnin dan Jumaat setiap minggu yang diadakan selepas Solat Maghrib. Kelas membabitkan bimbingan subjek kemahiran membaca jawi dan al-Quran yang dibawa oleh Sdr. Saupi Azran Muhamad Tamjis.

Penganjur juga turut menyediakan jamuan untuk para pelajar selepas selesai kelas. Mudah-mudahan penganjuran kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam dua bidang ini selain membuka peluang mereka membabitkan diri dalam aktiviti surau dan solat berjemaah. Semoga anak-anak pelajar ini juga bakal menjadi golongan pelapis pimpinan masyarakat masa akan datang.

Pihak penganjur turut mengalukan mana-mana pihak yang berminat memberikan sumbangan bagi membiayai kos jamuan para pelajar ini.







Gotong-Royong Kelab Kebajikan Petronas dan JKKK Batu 16 serta Batu 17 Dusun Tua

Syukran diucapkan sekali lagi kepada pihak Kelab Kebajikan Petronas Gas yang terus memberikan sumbangan mereka dalam membantu golongan yang memerlukan di Kariah Dusun Tua ini


Gotong-royong diadakan sekitar beberapa rumah di kawasan berdekatan Dewan Orang Ramai Batu 16 Dusun Tua dengan kerjasama kedua-dua JKKK. Aktiviti membersih dan sumbangan diadakan di waktu pagi dalam sebahagian dari jadual kursus latihan peserta kelab.

Semoga Allah memberkati kerja buat dan amal mulia ini. Terima kasih juga kepada kedua-dua Pengerusi JKKK Batu 17 (Tuan Haji Shaharani Shuaib) dan Batu 16 (En. Mohd Ghazali Mohd Sair) yang menjadi orang kuat di sebalik tabir program ini.