Salam,
Bermula pertengahan Mac 2010, pihak Biro Pendidikan JKKK Batu 17 dengan kerjasama pihak Surau Munawwarah Batu 17 Dusun Tua telah menjayakan kelas pengajian untuk pelajar Sekolah Rendah Agama dari 8 - 12 tahun.
Sekitar 25 orang pelajar telah menyertai program yang diadakan setiap Hari Isnin dan Jumaat setiap minggu yang diadakan selepas Solat Maghrib. Kelas membabitkan bimbingan subjek kemahiran membaca jawi dan al-Quran yang dibawa oleh Sdr. Saupi Azran Muhamad Tamjis.
Penganjur juga turut menyediakan jamuan untuk para pelajar selepas selesai kelas. Mudah-mudahan penganjuran kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam dua bidang ini selain membuka peluang mereka membabitkan diri dalam aktiviti surau dan solat berjemaah. Semoga anak-anak pelajar ini juga bakal menjadi golongan pelapis pimpinan masyarakat masa akan datang.
Pihak penganjur turut mengalukan mana-mana pihak yang berminat memberikan sumbangan bagi membiayai kos jamuan para pelajar ini.
No comments:
Post a Comment